Monday, December 1, 2008

Nilai-Nilai Murni

Zaman sekarang, orang selalu menyebut "nilai-nilai murni". Contohnya: keadilan, kebenaran, kejujuran, kasih sayang, kesederhanaan, ketelusan, kebajikan dan lain-lain.

Nilai-nilai murni ialah sebahagian dari nilai-nilai yang terkandung dalam sistem hidup Islam. Nilai-nilai murni menurut Islam ialah bersifat kemanusiaan dan sejagat. Maksudnya, dikehendaki oleh semua manusia dan tiada sebarang diskriminasi. Contoh: Jujur terhadap semua manusia tanpa mengira agama atau latar-belakang keturunan. Justeru, larangan mencuri, bukan sahaja terhadap harta muslim atau harta orang Melayu atau harta orang kampung tetapi terhadap harta sesiapa sahaja. Sebab, semua manusia mengharapkan kejujuran.

Nilai-nilai murni dalam sistem Islam diistilahkan sebagai sistem akhlaq. Ia mesti dihayati oleh setiap manusia sesama mereka dan terhadap semua makhluk. Apatah lagi terhadap Allah.

2 comments:

~PakKaramu~ said...

Assalamu'alaikum Wr,Wb

Sebenarnya kita telah lama di tinggalkan zaman Nabi Muhammad saw, zaman tersebut islam tanpa mazhab, zaman sahabatpun tiada mazhab, islam berjalan secara cantik tanpa ada islam itu dan ini, apabila wujud mazhab maka manusia yang beragama islam mulai pening kepala dengan peraturan syariat yang berlainan pandangan, orang yang tidak faham agama terus bingung,orang yang faham agama pula bersikap fanatik dan jumud, lalu islam berpecah dan berselisih dan terus berbunuhan

Buat masa yang terakhir ini umat islam terpaksa membawa diri masing-masing dengan fahaman yang tidak jelas, perkara adidah sebagai asas pegangan hidup sudah tidak lagi di ajar, maka terpikullah di atas pundak ulamak yang membiarkan umat islam yang sesat dan hilang panduan, sementara islam hanya di pandang sebagai islam keturunan yang akhirnya adat dan budaya menjadi agama dan agama menjadi adat budaya,

Maaf terlewat buat sokongan komen laman ni sebab saya baru balik kuliay kat segi kolej K Damansara dan sekitar KL

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Wa'alaikumus-salam wr. wbt.,
Memang benar komen tuan PakKaramu. Apalah ada pada mazhab kalau Syari'at tak mahu dilaksanakan (bila ada kuasa). Tak guna berbangga dengan mazhab kalau Sunnah diketepikan. Apalah guna bermusuh sesama saudara, sedangkan musuh didakap mesra.

Selamat berjuang PakKaramu. Kita sama-sama berada dipinggir senja. Hanya Islam teman setia kita.
Terima kasih kerana memberi sokongan dan dorongan. Keritik membena amat-amat diperlukan.

Wassalam.