Pendekatan terkini di kalangan sarjana Muslim, sumber-sumber sistem Islam terdiri dari:
1. Kitabullah. Maksudnya: Ayat-ayat al-Qur^an;
2. Sunnah Rasulullah. Maksudnya: Perkataan, perbuatan dan sikap atau reaksi rasulullah s.a.w.; dan
3. Ijtihad Ulama^. Maksudnya: Kajian, selidikan dan prosesan yang berdasarkan ayat-ayat al-Qur^an dan/atau as-Sunnah, sama ada dari aspek bertepatan ataupun tidak bertentangan dengannya.
Ijtihad (إجتهاد) tersebut menggunakan pelbagai metode, termasuk qiyas. Jika ijtihad dilakukan oleh ramai dan keputusannya (masa kini disebut sebagai finding/s) adalah sama, maka itulah dikatakan sebagai ijmak (إجماع) ulama^. Jika keputusannya majoriti, maka dikatakan jumhur (جمهور) ulama^. Manakala keputusan yang minoriti dikatakan dhaif (ضعيف). Perbezaan antara mereka disebut sebagai khilaf (خلاف).
Justeru, pendekatan terkini mengenai sumber-sumber sistem Islam ialah:
1. Kitabullah;
2. Sunnah rasulullah; dan
3. Ijtihad ulama^.
Adapun perkara-perkara lain seperti qiyas (قياس), 'urf (عرف), 'adat (عادة) dan istihsan (إستحسان) adalah metode yang terkandung dalam ijtihad. Semua itu bukanlah sumber.
Thursday, December 11, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Assalamu'alaikum Wr,Wb
maksud hadis Rasullullah saw
"Telah aku tinggalkan dua pusaka abadi, apabila kamu berpegang teguh kepadanya maka kamu tidak akan sesat selamanya iaitu Al Quran dan sunah nabi"
Post a Comment