Rukun Iman dan Rukun Islam bagi golongan muslim di Malaysia sudah diketahui umum. Mungkin baru kepada kita ialah rukun Iman yang ke-7 dan rukun Islam yang ke-6 bagi golongan Syi'ah. Kerana kita di Malaysia adalah golongan Sunni.
Rukun Iman ke-7 golongan Syi'ah ialah kepercayaan terhadap seorang pemimpin semasa. Bagi mereka, semasa hayat Muhammad rasuluLLAH, bagindalah pemimpin. Apabila baginda wafat, khalifah semasa adalah pemimpin. Setiap zaman mesti ada seorang pemimpin, sebagai ketua golongan muslim dan sebagai lambang TAUHID (keesaan ALLAH).
Jika golongan muslim semasa tiada pemimpin atau ada lebih dari seorang pemimpin, maka berlakulah keterbiaran, pertelingkahan dan kesesatan ummah.
Rukun Islam ke-6 golongan Syi'ah ialah sentiasa berjihad pada jalan Allah. Rukun ini berdasar kepada banyak firman Allah yang mewajibkan golongan muslim supaya sentiasa berjihad pada jalan Allah.
Jika golongan muslim tidak berjihad atau berjihad secara berkala, maka sistem Islam tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat kekal di bumi Allah ini. Malah, penindasan serta kehinaan akan menimpa golongan muslim serta seluruh manusia. Kerana kemerdekaan dan kemuliaan golongan muslim akan menyelamatkan semua manusia serta seluruh alam.
Friday, November 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Assalamu'alaikum Wr,Wb
Sentiasa berjihad kejalan Allah adalah satu konsef islam yang sebenar JIKA seluruh umat islam faham tentang lillahi Ta'ala (LA ILLAHA ILLALLAH)
kerana itu Allah dan Rasulnya mahukan segala gerak manusia itu di sandarkan kepada Allah, sepertimana firman Allah menyatakan bahawa KUL LUM MIN 'INDILLAH (SETIAP SESUATU ITU ADALAH DATANG DARIPADA aLLAH) bab ini kenalah kita memahami ilmu akidah
Wa'alaikumussalam PakKaramu,
Tapi, kenapa orang kita kata rukun ini menyebabkan terkeluar dari Islam?
Sedangkan ini arahan Allah?
Wassalam.
Post a Comment