Friday, November 28, 2008

Ulasan Rukun Iman Dan Rukun Islam

Rukun Iman dan Rukun Islam bagi golongan muslim di Malaysia sudah diketahui umum. Mungkin baru kepada kita ialah rukun Iman yang ke-7 dan rukun Islam yang ke-6 bagi golongan Syi'ah. Kerana kita di Malaysia adalah golongan Sunni.

Rukun Iman ke-7 golongan Syi'ah ialah kepercayaan terhadap seorang pemimpin semasa. Bagi mereka, semasa hayat Muhammad rasuluLLAH, bagindalah pemimpin. Apabila baginda wafat, khalifah semasa adalah pemimpin. Setiap zaman mesti ada seorang pemimpin, sebagai ketua golongan muslim dan sebagai lambang TAUHID (keesaan ALLAH).

Jika golongan muslim semasa tiada pemimpin atau ada lebih dari seorang pemimpin, maka berlakulah keterbiaran, pertelingkahan dan kesesatan ummah.

Rukun Islam ke-6 golongan Syi'ah ialah sentiasa berjihad pada jalan Allah. Rukun ini berdasar kepada banyak firman Allah yang mewajibkan golongan muslim supaya sentiasa berjihad pada jalan Allah.

Jika golongan muslim tidak berjihad atau berjihad secara berkala, maka sistem Islam tidak dapat dilaksanakan dan tidak dapat kekal di bumi Allah ini. Malah, penindasan serta kehinaan akan menimpa golongan muslim serta seluruh manusia. Kerana kemerdekaan dan kemuliaan golongan muslim akan menyelamatkan semua manusia serta seluruh alam.

Muslim Dan Islam

Muslim (plural: Muslimun atau Muslimin) ialah yang menerima serta mengamalkan sistem Islam, terutama amalan-amalan dasar kehidupan yang disebut sebagai Rukun Islam.

Rukun Islam ialah:

1. Mengucapkan persaksian (syahadah).
2. Melakukan solat-solat fardhu yang lima.
3. Berpuasa farhdu dalam bulan Ramadhan.
4. Membayar zakat, jika menepati syarat.
5. Mengerjakan fardhu haji, jika menepati syarat.

Bagi golongan Syi'ah, mereka ada rukun yang ke:

6. Sentiasa berjihad pada jalan Allah.

Mukmin Dan Iman

Mukmin (plural: Mukminun atau Mukminin) ialah yang menerima serta berpegang kepada dasar-dasar (rukun) iman. Iman artinya kepercayaan.

Dasar-dasar iman ialah:

1. Kepercayaan terhadap Allah serta segala sifatnya.
2. Kepercayaan terhadap para malaikat, termasuk Jibrail sebagai ketua mereka.
3. Kepercayaan terhadap para rasul, termasuk Muhammad sebagai rasul terakhir.
4. Kepercayaan terhadap kitab-kitab Allah, termasuk al-Qur^an sebagai kitab terakhir.
5. Kepercayaan terhadap apa jua ketentuan Allah, yang baik dan yang sebaliknya.
6. Kepercayaan terhadap hari akhirat, termasuk kemusnahan dunia ini.

Bagi golongan Syi'ah, mereka ada dasar kepercayaan yang ke:

7. Kepercayaan terhadap seorang pemimpin semasa.

Wednesday, November 26, 2008

Agama Islam

Agama Islam, biasanya disebut ISLAM sahaja, ialah suatu sistem hidup yang menyeluruh lagi sempurna. Ia dicipta oleh Allah (disebut juga sebagai TUHAN) dan disampaikan oleh para Rasul, termasuk Muhammad sebagai rasul terakhir.

Ulasan:

1. Islam ialah sistem hidup.
2. Islam adalah ciptaan Allah.
3. Islam disampaikan oleh para rasul.
4. Rasul terakhir ialah Muhammad.
5. Menyeluruh, maksudnya semua aspek kehidupan.
6. Sempurna, maksudnya lengkap dan tiada kekurangan.

السلام عليكم ورحمة الله

Blog ini akan mengemukakan beberapa maklumat mengenai Islam. Pendekatan yang digunakan adalah secara lama.

Penulis dan pengendali blog pernah belajar mengenai Islam di pondok, sekolah arab rakyat, sekolah agama kerajaan, universiti tempatan, universiti timur tengah dan universiti barat. Pernah bertugas di IPTA lebih dari 25 tahun.

Semoga dapat manfaat dan dimanfaatkan.

Tercipta pada hari Rabu,
26 November 2008.